Kelantan vs Terengganu: Liga Super 6 Jun 2011

on 06 June 2011

Keputusan Kelantan vs Terengganu: Liga Super 6 Jun 2011: 

KELANTAN 3-0 TERENGGANU
Permainan tamat dengan Kelantan 3-0 Terengganu setelah Mohd Izuan menjaringan gol pembukaan dan Matyo menjaringkan dua gol lagi. 

92": Matyo menambah satu lagi koleksi gol peribadi menjadikan Kelantan 3-0 Terengganu, sah Matyo menjadi pemain terbaik untuk malam ini walaupun saya rasa penjaga gol Kelantan, Shahrizan juga bermain sangat cemerlang

91": Shahrizan menepis keluar bola setelah pemain Terengganu merembat di hadapan pintu gol

85": Izuan cedera akibat terjahan dari belakang oleh pemain Terengganu, tak ada kad kuning ke ref?

83": Permainan terpaksa dihentikan akibat tiang bendera patah, memang kelakar betul!!!!

79": Sepakan percuma Ismail Faruqi (Ter) di luar kotak penalti sedikit tersasar melepasi palang gol, apa-apa pun Shahrizan dapat membaca gerak-geri Ismail

73": Matyo menambah satu gol untuk Kelantan setelah berlaku sedikit salah faham antara penjaga gol Terengganu dan pemain pertahanan, Mohd Muhaimim berlanggar sesama sendiri (Update: Selangor 7-1 Perlis). Matyo so far menjaringkan 15 gol sama dengan Abdul Hadi

71": Update (Selangor 6-1 Perlis)

67": Secara keseluruhan pada separuh masa kedua, Kelantan lebih banyak bertahan memandangkan Terengganu bertali-arus menyerang

60": Daudsu (Kel) dikenakan kad kuning akibat tackle dari belakang. Entahlah pengadil sama ada bersikap saksama atau tidak

57": Izuan (Kel) dibawa keluar setelah dikasari oleh Ismail Faruqi. Sepatutunya perlu dilayangkan kad kuning!

55": Sepakan penjuru oleh Badri terus ke Sarbinee

53": Satu lagi sepakan pemain Terengganu yang diselamatkan oleh Shahrizan. Memang cukup bagus Shahrizan. Pemain-pemain pertahanan Kelantan perlu lebih peka dan jangan hanya mengharapkan penjaga gol. Pemain tengah Kelantan juga perlu bermain dengan lebih baik, jangan mudah hilang bola

51": Sepakan Ahmad Nordin Alias yang cantik dapat ditepis cemerlang oleh penjaga gol Kelantan, Shahrizan. Satu layangan badan yang baik

50": Sayang sekali setelah Abdul Hadi gagal berbuat apa-apa setelah hantaran silang pemain Terengganu dan tiada pemain pertahanan Kelantan berada menjaga beliau

47": Daudsu pula diusung keluar, memang permainan yang kasar malam ini. Memang Terengganu merasai kehilangan Ashaari yang mana beliau sangat rajin @pandai jaring gol dan juga memberi umpanan kepada pemain-pemain lain!!!

Separuh masa kedua bermula dengan Terengganu membuat sepakan mula dan sangat garang menyerang. Tiada sebarang pertukaran yang dilakukan

Permainan separuh masa pertama tamat setelah 3 minit masa tambahan berlalu. Kedudukan semasa Kelantan 1-0 Terengganu. Anyway bosan-bosan, jom terjah untukinternet laju melalui telefon

43": Sepakan penjuru pertama Kelantan diambil oleh Badri (Piya) sudah terlepas oleh penjaga gol Terengganu dan tandukan Matyo dapat dikeluarkan oleh pemain pertahanan Terengganu, apa-apa pun langkah yang bijak oleh Matyo. Sepakan penjuru kedua Kelantan gagal dimanfaatkan

40": Shahrizan menangkap kemas bola hantaran pemain Terengganu, so far penjaga gol kedua Kelantan bermain dengan cemerlang

38": Norshahrul (Matyo) diberi rawatan di luar padang akibat kecederaan. Update (Selangor 5-0 Perlis dan Negeri Sembilan 3-0 T-Team)

35": Sayang sekali larian solo Nurul Azwan Roya dari sebelah kiri dan hantaran kepada Badri yang tidak berada dalam kedudukan offside gagal disempurnakan

34": Shahrizan menyelamatkan kemas sepakan leret dari luar kotak penalti oleh pemain Terengganu

33": Abdul Aziz, pemain pertahanan Kelantan diusung keluar akibat terjahan kuat oleh pemain Terengganu

Update: Selangor membelasah Perlis dengan 4-0

23": Abdul Manaf (Terengganu) membuat sepakan cantik dari arah kiri tetapi dapat diselamatkan dengan cemerlang oleh penjaga gol Kelantan, Mohd Shahrizan

22": Kad kuning kedua untuk malam ini dihadiahkan kepada kapten pasukan Terengganu, Mohd Mazuki setelah melakukan tackle yang keras ke atas Norshahrul Idlan

Sudah 20 minit permainan, Terengganu menggandakan serangan tetapi banyak kali berada dalam kedudukan offside

12": Farisham (Kelantan) dilayangkan kad kuning akibat melontar bola setelah pengadil menghadiahkan sepakan percuma untuk Terengganu

8": Kelantan mendapat gol pertama dengan jaringan Mohd Izuan setelah mendapat hantaran cantik hasil larian laju oleh Chanturu dari sebelah kanan pintu gol (Update: Selangor 1-0 Perlis, Negeri Sembilan 1-0 T-Team)

4": Ismail Faruqi membuat sepakan percuma dan penjaga gol Kelantan menumbuk keluar. Kedua-dua pasukan membuat serangan bagi mendapatkan gol pertama. Permainan agak kasar @banyak menggunakan fizikal

Permainan baru sahaja dimulakan setelah pembantu pengadil berpuas hati dengan ikatan jaring. Terengganu memakai jersi putih manakala Kelantan dengan jersi merah



Malam ini, 6 Jun 2011, perlawanan bola sepak Liga Super diteruskan bagi perlawanan yang ke-24 out of 26 sebelum juara liga diketahui. Sudah pasti perlawanan Liga Super yang menjadi tumpuan adalah di antara Kelantan vs Terengganu.

Jika kita lihat, Kelantan mendahului liga dengan 47 mata dan Terengganu berada di tempat ke-2 dengan mata yang sama dan perbezaan jaringan yang sama @26 gol tetapi Kelantan mempunyai kelebihan jaringan gol 46 berbanding Terengganu 45.

Jika kita lihat penjaring terbanyak so far ianya memihak kepada Abdul Hadi Yahya (Terengganu) dengan 15 gol manakala Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan) pula dengan 14 gol. Dua lagi pemain Terengganu yang berada di carta 5 teratas adalah Abdul Manaf Mamat (11 gol) dan Mohd Ashaari (10 gol). Pemain kedua Kelantan adalah kapten pasukan, Mohd Badri Radzi dengan 9 gol.

Perlawanan Kelantan vs Terengganu dijangka sangat sengit malam ini bermain di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu malam ini yang juga disiarkan secara langsung di Astro Arena channel 801.

Penyerang Terengganu Ashaari tidak dapat diturunkan akibat menerima kad kuning yang ke-3 dan juga cedera manakala penjaga gol sensasi Kelantan @Kebangsaan, Khairul Fahmi tidak dapat diturunkan akibat bermain untuk skuad Olimpik. Ianya perlawanan persahabatan menentang Kemboja esok di Kemboja.

Perlawanan untuk malam ini:

Terengganu vs Kelantan
Selangor vs Perlis
Felda United vs Kedah
Negeri Sembilan vs T-Team
Johor FC vs Perak


Ranking: 5

{ 0 Comment... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Tips | Download | Free Tools | Games | | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO