Ceritera "CINTA I2 BUTA"

on 19 March 2011

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran yang x seberapa mewah. Mien, adalah pemilik restoran itu
juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari
situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.

Mien mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya
kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya
pesan ikan pari dan sayur masak asam bang"............

Dengan agak terperanjat sambil mengelengkan kepala, Mien mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu

 memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut.


 Beberapa hari kemudian,
 lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas yg sudah dipakai untuk dicium,
 tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pari
dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya.

Mien memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata,
"Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal
belacan." Mien mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satu pun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang
boleh diberikan untuk dihidu....


Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Mien muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan
sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, " Paen,
kamu usapkan sudu ini diketiak kamu"

"Apa-apa lah abang ni ?" tanya  Paen tak faham.

"Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Mien setengah memaksa.  Paen menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan menyerahkan kembali kepada Mien.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta itupun menghidu sudu itu, dengan
mengenyitkan keningnya, lelaki buta tersebut berkata, 
"Aku tidak menyangka makwe lamaku Paen bekerja di
sini....... boleh saya jumpa dia"


Mien: ????????????????.xterkate apa2. 

Sesungguhnya Cinta itu Butaaaaaa.....................

Ranking: 5

{ 6 Comment... read them below or add one }

mien eaststar said...

nantes ! hahaa ! ping r entry mu nie...good !...

tggu cite dr aku lop ! hahahhahaha


March 20, 2011 at 12:12 AM
JazLan said...

he9... saje2 ak reka citer...
puas2 dop saje..... tenkiuw..


March 20, 2011 at 12:36 AM
Anonymous said...

bodo2 sgguh....sakit perut aku


June 27, 2011 at 3:35 PM
missZ tiEyra said...

HAHA .. bau ketiak si paen 2 pon dye ley twu .. xbulee bla .. !!


August 3, 2011 at 10:33 PM
JazLan said...

anonymous : just jenaka...he9

missz : kekuatan cinta katakan :P


August 4, 2011 at 10:41 AM
avam ming said...

hahaha..entri terbaik ni ..


October 17, 2011 at 6:54 AM

Post a Comment

 
© Tips | Download | Free Tools | Games | | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO