10 Tempat Larangan Letak Handphone

on 31 January 2011

ari nie lanun nak citer sal Handphone a.k.a enset.. semua ad enset kan... lau ad baca lau xde xyah baca..ha9.. selamat membacer!!
Zaman sekarang telefon bimbit (hp) adalah barang yang wajib dimiliki setiap orang, apalagi yang mempunyai hobi gadget & teknologi. Ni nah kepada sesiapa pemilik hp, cubalah baca artikel nih, coz ternyata hp tak bleh diletak ikut suka / sembarangan.


1. Jangan Letak Dalam Saku

Bagi mereka (terutamanya lelaki) yang gemar meletak hp di saku seluar, sebaiknya kena fikir dua kali pasni. Alasannya, hp menghasilkan paparan medan elektrostatik & elektromagnetik yang mengakibatkan infertilitas (ketidaksuburan) lelaki.

2. Jangan Letakkan Bersama Barang Elektronik

Jangan gunakan hp ketika signal lemah berdekatan dengan barang elektronik berpresisi tinggi. Barang elektronik mengeluarkan medan elektonik yg tinggi iaitu, TV, ketuhar, dll. Alat berdaya kuasa tinggi boleh merosakkan litar telefon terbakar.

3. Dilarang Dekat Kunci Kenderaan

Dalam keadaan tertentu, hp yang digunakan dalam kendaraan akan memberikan impak terhadap peralatan elektronik kendaraan. Hp yang diletakkan terlalu dekat dengan kunci kereta ternyata boleh menghapuskan kod elektronik yang ada di kunci tersebut.

4. Jangan Letakkan Dekat Komputer

Komputer & hp sama-sama memancarkan gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yang dekat, maka keduanya akan saling merosak. Anda tidak ingin kehilangan dua benda favorit anda?

5. Jangan Simpan di Tempat Bersuhu Tinggi

Tempat bersuhu tinggi, kelembaban tinggi, & berdebu merupakan kumpulan musuh hp anda.. Mungkin anda tdk menyedari sering “menjemur” hp anda di dashboard kereta, dekat jendela & bagasi.

6. Hindari Meletakkan Kad SIM Dekat Magnet

Bahaya kad SIM dekat dgn benda-benda yg mampunyai magnet kerana radiasi yang ditimbulkan. Hp boleh merosakkan floppy disk, kad memori, & kad kredit anda.

7. Jauhkan Dari Logam

Hindari hp dari bahan logam kecil kerana magnet pada speaker hp anda akan menarik benda-benda tersebut. Hp anda boleh mengalami cedera fizikal/kerosakan.

8. Jangan Dekat Alat Pacu Jantung

Hospital sememangnya bukan tempat yang baik untuk menggunakan hp. Selain alasan pesakit memerlukan ketenangan, peralatan media seperti alat bantu dengar & alat pacu jantung dpt terganggu. Jangan sampai anda membunuh orang dengan hp yang anda miliki.

9. Jangan Letakkan Dekat Gas yg Mudah Terbakar

Gas berbahaya kerana memiliki tekanan tinggi dan mudah terbakar. Berada dengan gas yang mudah terbakar bisa mengakibatkan hp tidak dapat berfungsi dengan baik.

10. Hindari Tempat Basah

Rasanya kita semua sedar betapa bahayanya air bagi hp. Air juga musuh kamera hp.. Apalagi saat musim hujan, bisa mengundang banyak risiko. Bagi pemandu motorsikal, segera selamatkan hp anda dengan menyimpan di tempat yg kedap air saat hujan tiba.


Ranking: 5

{ 0 Comment... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Tips | Download | Free Tools | Games | | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO