Zizan minta maaf dialog dan lakonannya dalam Hantu Bonceng
Hantu Bonceng telah pun menemui peminat filem tanah air pada 31 Ogos lepas sempena sambutan kemerdekaan dan sambutan aidilfitri. Lakonan hebat Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz dan ramai lagi telah pun memeriahkan kamu semua. Filem arahan Ahmad Idham mengisahkan Amran yang gemar berlumba haram yang tiba-tiba terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa gadis yang memboncengnya. Sejak itu, gadis yang tidak tenteram itu menghantui Amran dan Amran meminta kekasihnya, Halimaton dan rakannya Kunyit sempurnakan mayat gadis tersebut. Namun filem ini dikritik kerana kontroversinya dimana dalam satu adegan Hantu Bonceng, Zizan jelas menghina Rasulullah SAW dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar Syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan”. Ditambah dengan mempersendakan azan, memakai baju ada tanda salib death note ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu.
" Zizan telah pun tampil meminta maaf atas kesilapannya menghina Rasulullah dalam filem tersebut dalam Twitternya. “Saya faham, apa yang salah… salah jugak. Tapi pasal hina Islam memang jauh dari otak fikiran saya la.. takde lagsung terniat. Ini adalah Agama dan Rasul saya.. Maaf sekiranya saya silap,” – Zizan "
Walaupun bukan sepenuhnya salah Zizan, pengarah dan kru penyuntingan harus lebih peka dengan soal agama ini memastikan tidak menjadi ikutan anak-anak muda kini. Harap yang mana tak elok tu dijadikan pengajaran kepada semua.
C.R.E.D.I.T
C.R.E.D.I.T
{ 0 Comment... read them below or add one }
Post a Comment